Thursday, February 16, 2012

Appointmnet 16 Februari 2012


Completed tracheotomy:
1 - Vocal folds
2 - Thyroid cartilage
3 - Cricoid cartilage
4 - Tracheal rings
5 - Balloon cuff


LinkSemalam, i bawak Azwa ke ENT Clinic (Ear, Nose & Throat) HTAR untuk tgk progress Tracheotomy . Kepada sesiapa yang tak tahu, apa itu tracheotomy, bleh la try search apa bendanya tu? Ilmu...

Kalau lah korang penah tgk filem Mr Cinderella, masa Erra excident, Yusry tebuk leher Erra, haaa...itulah bndanya. Cuma dalam cerita tu, xde la dia pkai trache tu.. (Cam tahu sangat la konon hehehe..) Gambarnya, i akan letak nanti ye..

Alhamdulillah, semalam semuanya smooth je. Dapat nombor lambat, tapi sebab adikku sekarang insan terpilih, Alhamdulillah ALLAH mudahkan segalanya. Cumanya, Azwa agak kurang suka pergi ke hospital, dia akan mengeraskan segala otot, kaki & tangan. Naik sakit badan kami yang mengangkat ni... Tapi takpe, asal Azwa baik...

Lepas dapat nombor, i naik tingkat 1, gi klinik ENT, dan register. I pun mintak kat kaunter tu " encik, boleh tak bagi adik saya cepat sikit" sambil bermulut manis... Alhamdulillah, dipermudahkan. Bukan apa, adik i sekerang bkn macam orang lain. Nanti dia nak feeding lagi. Takut lambat, perut masuk angin. Belum lagi bila orang pandang masa i tolak wheelchair Azwa. I bukan malu, tapi kurang senang bila adik i ditonton sedemikian rupa. Sedih tau. Sangat sedih...

Azwa dapat turn kedua (potong line), bila nurse panggil. Doktor pun baik, cume kami agak frust sbb trache Azwa tak dapat tutup. Mereka cakap, at least Azwa kena ada respon walaupun sikit pun, baru mereka benarkan Trache tu ditutup. Bila ada respon, Ryles Tube boleh stop, tak yah pkai lagi dan boleh makan ikut mulut. Then, baru boleh tutup Trache... Agak frust, tapi redha...

Doktor baik, Alhamdulillah. Dan yang paling sedih bila nak keluar pintu, Dr. tu tnya, DULU, DIA MACAM YOU KE (SIHAT)? I angguk sambil senyum. Dr tu membalas senyumanku menandakan faham, maksud disebalik senyumanku itu.... Tekakku mula pahit. Jumpa lagi Dr. 6 bulan kemudian....


Benda ni lah yang kami kerap tukar & cuci untuk menjamin kebersihannya

Doa Rihul Ahmar

Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya.

Lembaga itu menjawab, ia bernama ” Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya di antara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.

Mendengar itu Nabi Sulaiman A.S. memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya.

Kemudian Lembaga itu pun ghaib sehingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah iaitu Syaidina Hassan r.a. telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Jibrail A.S. datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar.

Bila ditanya adakah ubatnya, Jibrail A.S. mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang semula kepada Rasulullah S.A.W. Jibrail A.S.mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.

Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Lalu beliau pun sembuh serta bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat. Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat.

Doanya...sila klik Doa Rihul Ahmar

:: Bersamalah kita menjaga kesihatan bersama, untuk kebaikan di dunia & akhirat::



Sunday, February 12, 2012

Program 'Community Service' for Personal Development Class

Assalamualaikum....

Sebenarnya kan, dah lama sgt i nak share cite yang satu ni kat u olls sume wlaupun i tak tau, ade ke org baca blog ni. Tapi total viewnya slalu increase cewah mentang2 budak finance. Nasib tak wt analysis cm dalam class selalu nape sbb kenaikkannya hihi....jgn mara..

Program Community Service pada 19 November 2011 (sabtu) mmg diwajibkan kepada semua student finance even student marketing ke, HR ke, IB ke...semua kena amek dan involve for carry mark 50%. the rest is for final exam 50% je. Nama program ini adalah, Titian Kasih As Solihin. Nama ni, kami 1 class yang decide. berserta logonya...

So, kami geng bebudak finance ni memilih untuk gi ke Rumah Anak Yatim As-Solihin, Banting untuk menjayakan program ini.

Memang sangat excited sbb first time gi umah anak yatim. Mmg sgt sedih bila tgk adik2 ni. Ada yang kecil lagi, tapi dah takde mak dan ayah......... Teringt plak kisah lampau :). Tapi takpe..

Kami berkumpul di UiTM pagi2 lagi tau. Naik bas reramai. Ada yang naik keta sndiri gak. Sampai kat sana, kami punggah2 barang antaranya beras, buku2 rujukan, barang2 untuk sesi seminar dan sbgnya.

Program dimulakan dengan ceramah Pengurusan Jenazah. Sebenarnya, kebetulan rumah anak yatim ini mmg ingin mengadakan program ceramah Pengurusan Jenazah. Langkah kanan bagi kami, join sekali dan menjadikan majlis ini havoc cm kenduri kahwin....

Selepas itu, i yang tergolong dalam kumpulan Biro Kebajikan memulakan program mengindahkan library. Mmg sgt seronok. Berubah habis library budak2 ni....

Biro makanan pula, membantu menyediakan makanan tgh hari. Mmg cm kenduri kahwin. Bau ayam ble menggoreng, ditambah bau sup daging korban (baru raya haji), membuatkan perut kami bunyi2....

Dalam masa yang sama, acara sukaneka untuk dak budak ni. Mmg diorg suka sgt memandangkan akan dapat hadiah walaupun kalah...

Selepas sukaneka, ada program seminar motivasi yang kami hire. Ala penceramahnya pun, tak ambil mahal, amal jariah katanya....Alhamdulillah...

Abes seminar, kami solat Zohor berjemaah. Rasa seronok sgt masa bentang sejadah tu ngn anak2 yatim ni. Maklumlah, biro kebajikan :)

Selepas itu, serbu makan...LAPAR. Selepas makan, sesi pemberian cenderahati kepada Abi dan Ummi (Pemilik rumah anak yatim)...

Target kami untuk habiskan pada jam 2.00 mmg tercapai. Kiranya, objektif kami tercapai la.. :)



Sukaneka


Biro Sukan



Biro Kebajikan


Biro Makanan


Seminar Motivasi


Solat Zuhur berjemaah


:: Rasa seronok sangat dapat menolong anak-anak yatim ni ::

Wednesday, February 8, 2012

Suka Duka Pengauditan Prestasi Hutan

Lama rasanya i tak update blog ni kan.... busy laa cewah....
Alhamdulillah, last merupakan last visit ke hutan. Lepas ni, takyah la msuk hutan lagi. penat tuu.. Lps ni, kami boleh focus on report jelaah..

Alhamdulillah sekali lagi, byk sgt pengalaman yg i dapat sepanjang 4 bulan pengauditan prestasi ni...

Banyak jugak jabatan kerajaan dan agensi2 yang i sendiri tak penah berurusan dan tau pun kewujudannya, i kena find out maklumat... tu yang wat kdg2 letih, give up, fed up, happy & sume persaan yg wujud dalam dunia ni hihi.... Antara jbtn/agensi yang pernah i follow up ialah...

  • FRIM (Forest Research Institute Malaysia)
  • JUPEM (Pemetaan)
  • Jabatan Perhutanan Selangor
  • Agensi Remote Sensing Malaysia(Satelit2 ni)
  • NRE (Kementerian Sumber Asli)
  • MTES/MMKN/UPEN
  • Jabatan Perhutanan Perak/ Kelantan/ Pahang
  • Jabatan Insolvensi Malaysia

Banyak sgt cabaran... Ditambah masa tu, i nak final exam....mmg sgt serabut... Tapi alhamdulillah, wlaupun OTW nk wat report, tapi dah xyah masuk hutan lagi...

Dan yang paling manis mestilah, kami dapat naik helikopter. Sebenarnya, jabatan hutan yang nak buat pemantauan dari udara, jadi diorg jemput kami sekali. Almaklumlah mahal kosnya..

Saat yang paling mencabar masa 3rd visit kami pada 17 Januari 2012. I betol2 takut kena tdo kat hutan sbb keadaan hutan yang tak pernah diteroka. Sakitnya badan i ALlah je yang tau. I siap gi urut lagi tau dek penangan hutan ni.. Ranjer2 hutan tu siap tebang pokok, sbb xde ruang untuk u turn kereta... dahsyat

Last visit pulak pada 31 Januari 2012. Kali ni agak ok compare visit yang ketiga. Cuma berikutan pada pagi itu, hujan lebat dari 3 am, makanya faham2 jelah keadaan hutan yang bertanah merah. Banyak jugak kawasan yang kami tak dapat masuk sbb banjir. Sg kerling tu, deras sangat, sampai ada jambatan yang dah dihanyutkan air deras. I dah terpikir, jgnlah tak boleh balik. I ade adik yang kena jaga. kak Siti pun gelak ble sy ckp cm tu hihi...

Dengan kajian hutan ni la, i blajar cmne nk baca GPS (Global Positioning System) di dalam hutan dan atas helikopter. klau kat hutan bacaanya contoh jelah VJ 392548 WMR 391124 tapi klau atas heli bacaannya gini pulak N 03”21’14.3” E 101”27’57.0”. Kadang2 ble stress dalam hutan kan, kami terfikir, napelaa Audit wat bnda ni?? Bukan ke auditor pegang kalkulator je ke? hihi

Tapi sume tu, tggl kenangan manis :). Tahun 2013, kajian kapal selam pulak ek dayah mohmad. All the best..

Tajuk kajian kami

Team member kami


Study ngn FRIM dulu..

Kenal pokok2 yg ada dlm hutan... gmbar i, i xmsukkan...sbb xjumpe..:(

First visit hutan 17.11.2011

ukur jg tak ukur... untuk tahu umur berapa?



ambek sampel daun


sesi bergambar ngn auditi, ranjer hutan & sykt pemajak..

amek GPS lagi tau....

balik ofis, terus siapkan sampel daun utk hantar ke FRIM untuk identify pokok jenis apa?

tadaaa.........inilah hasilnya..

2nd visit hutan 30 November 2011

naik heli 14.12.2011. Hamran pun ade? hee

lecak...terbenam keta. Tu puan


3rd visit 17.01.2012


Last visit 31.01.2012

banjir.. tak boleh masuk



jambatan runtuh.. tak boleh masuk jugak


cantiknya kasut pinjam tu... balik basuh!


yeah!! last sampel daun... pokok ape ntah, dah lupa..

:: Makanya, tamatlah turun site kami yang keempat.. ALHAMDULILLAH..

Thursday, January 19, 2012

hAPPy BesDay...



Semoga Azwa sht2 slalu...murah rezki & boleh sihat dan sembuh macam dl... Kuatkan smgt Azwa. Kita sekeluarga hadapi dengan senyuman... InsyaAllah... Dengan izinNya..


Mogok, taknak tgk kek..hihi

Cam terpakse je pgg pisau... Klau dl, dia lah yang paling kecoh..

BB1M

Alhamdulillah...syukur sgt dapat baucar RM200 dari kerajaan kpd student2 IPT even i ni student part time je pun dapat...Alhamdulillah

Baucar ni, i ambek kat Intekma Resort Convention Center Seksyen 7 Shah Alam kat Dwelling 7. Nasib belum tutup lagi. Elok i ambek je baucar, kerani tu cakap, kak, kaunter nk ttp dah.... Nasib baik..

Untuk ambek baucar, UiTM memerlukan IC dan ID Student....... Lega. Bleh la sem dpn bli buku bau baru dan bau kedai MPH or popular utuk semua subjek :) xyah fotostat lagi. Maklumlah, buku student mhal tu, standard RM60 ke atas... Alhamdulillah...


masa ni, muda belia...baru masuk 24 tahun hihi

Ni dia..

Wednesday, January 18, 2012

Basikal Pipi

Pipi dah pandai naik beskal....

Anak dara ibu sorang ni, dah pndai naik basikal. Sape yg ajar??? Mestilah ayah Moin hihihi... Ayah i yang ajar dia. Teringat masa kecik2 dl. Ayah lah yang ajar naik basikal. Masa tu, umur i 7 tahun. Darjah satu. Pipi, 5 tahun dah pndai naik basikal roda dua. Budak zaman skrg..





Yang roda 4 tu, basikal pipi. Hitam tu basikal Nana..Pinjam

Jatuh Sudah Pipi..


Kakak Nana pun taknak kalah, naik basikal Bob. Pipi naik basikal dia

peace